click....click....click.....

Species-species isteri yang ter.........


Secara umumnya para isteri boleh di bahagikan kepada 4 spesis, dalam konteks keperluan kewangan:

1. Spesis Isteri Mithali. Dia menunggu dengan sabar suami dia beri duit. Kalau bernasib baik, dia dapat suami yang tahu bila dan banyak mana patut 'top up'. Kalau tidak, tak berasaplah dapur. 

2. Spesis MBM (Mahu Baru Minta). Yang ni berani menuntut hak dia. Dia akan minta bila nak guna duit. Kalau tak dapat .. dia boleh jadi sawan sekejap.

3. Spesis Berdikari. Dia tak minta duit suami - dia ada pendapatan sendiri. Kadang-kadang lagi besar dari pendapatan suami. Malah kadang-kadang dia yang support suami dia. Spesis ni saya percaya semua suami yang waras tentu suka.

4. Spesis Layan Diri. Bila nak pakai duit, dia ambil sendiri banyak mana dia hendak dari beg duit suami dia. Kadang-kadang bila suami nak bayar surat khabar, baru sedar duit dah kena ambil oleh isteri.


p.s. Sebelum orang tanya, baik saya jawab. Isteri saya dari spesis pertama (i.e isteri mithali), bukan sebab dia takut kat saya, tapi sebab dia tahu suami dia baik. Selalu "top up" tanpa diminta. Tapi sekali sekala, dia bertukar menjadi spesis nombor 4 (spesis Layan Diri). Ye lah, kadang-kadang ada masanya suaminya pun terlupa nak 'top up'. Maklumlah suami dia sibuk dengan masalah kerja yang perlu difikirkan.

1 comment da!!:

Liza @ Adzriel AB said...

kak liza spesis semua ikut keadaan..he..he..