click....click....click.....

bob lokman di tahan JAIS????


Pelawak, pengaracara dan penulis lirik terkenal Bob Lokman ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) malam tadi, dipercayai atas alasan menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.

Bob dikatakan ditahan ketika menyampaikan tazkiran di sebuah surau di Hulu Langat dan dibawa ke balai polis berdekatan.

Beliau ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan penahanannya semalam bagaimanapun enggan mengulas lanjut pada masa ini.

Sebarang maklumat lanjut, katanya, boleh dirujuk kepada seorang pemimpin Pemuda PAS.

Sementara itu, seorang pemimpin kanan dewan itu memberitahuMalaysiakini, Bob, Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Mohd Sany Hamzan dan nazir surau berkenaan diminta memberi keterangan kepada JAIS pada jam 10 pagi nanti.

Setakat ini belum jelas sama ada mereka juga turut ditahan bersama Bob semalam.

Bob semalam difahamkan mencerita pengalamannya sewaktu bergelumang dengan kegiatan seni kemada hadirin surau itu malam tadi

0 comment da!!: