click....click....click.....

ANARA Tower di Dubai....

Satu lagi mercu tanda akan di buat di Dubai. Menara langit ini dipanggil Anara Tower walaupun bukan yang tertinggi di dunia iaitu kira-kira 500 kaki lebih rendah daripada Burj Dubai (2150 kaki). Namun begitu, Menara Anara ini mempunyai keunikannya tersendiri iaitu bentuknya lain dari yang lain terutama pada tiga kipas yang besar bahagian atas menara ini.

Di tengah-tengah kipas ini akan menjadi hub yang berdinding dan bersiling kaca yang mengandungi salah satu restoran paling mewah di dunia. Tetapi kipas ini tidak boleh berpusing macam kincir angin.

Di dalam menara ini juga akan mengandungi 300 unit pangsapuri yang super-mahal, 250 bilik hotel mewah dan taman-taman setiap 27 tingkat.



0 comment da!!: