click....click....click.....

Mak Nyah jadi WAKIL RAKYAT????.....biar Betik!!!


WARSAW - Calon parti Gerakan Palikot, Anna Grodzka semakin hampir untuk dipilih sebagai wakil rakyat pertama daripada kalangan mak nyah selepas partinya memperoleh tempat ketiga dalam keputusan keseluruhan pilihan raya Parlimen Poland kelmarin.

Dilahirkan sebagai lelaki, Grodzka yang kini berusia 57 tahun selesai menjalani pembedahan penukaran jantina pada tahun lalu dengan bantuan sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Trans-Fuzja yang memberi tumpuan kepada perubahan gender.

Mengulas mengenai perkembangan tersebut, Grodzka berkata, dia teruja dengan prestasi memberangsangkan yang dipamerkan oleh partinya dalam pilihan raya berkenaan.

"Buat masa ini, saya tidak pasti sama ada saya akan terpilih tetapi saya gembira melihat keputusan yang diperoleh Gerakan Palikot," katanya.

Grodzka sebelum ini merupakan calon parti berkenaan di bandar Krakow yang merupakan bandar kelahiran bekas ketua mazhab Kristian Roman Katholik, mendiang Pope John Paul II.

"Jika saya dipilih sebagai wakil rakyat di Krakow, saya akan menjadi wakil rakyat pertama daripada kalangan mak nyah bukan sahaja di Poland tetapi di seluruh dunia," ujar Grodzka.

"Saya akan mengetengahkan rang undang-undang berhubung pertukaran gender di Parlimen sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat," tambahnya.

0 comment da!!: