click....click....click.....

hahahaahahahah....mari seyum!!!!


Sepasang pakwe-makwer tengah memandu di highway ayer keroh telah di tahan polis....

pakwer : ada apa masalah encik ?

polis : anda di dapati memandu melebihi 110km

pakwer : mana ada encik,saya cuma pandu dalam 100km jer...mungkin meter saya rosak kot..

makwer : abang tak baik tipu polis tue...tadikan abang pandu lebih dari 150km...

polis : saya juga akan saman encik kerkenaan lampu brek encik tidak berfungsi...

pakwer : yeker lampu brek saya tak berfungsi? saya tak perasaan encik...minta maaf,nanti saya betulkan

makwer : abg..kan abg dah tahu berkenaan lampu tue rosak 2 minggu lepas..saya sendiri beritahu abg ..

polis: saya juga akan saman encik sebab encik tak pakai tali pinggang...

pakwer: saya baru jer bukak encik....masa encik tahan saya...

makwer : abg nie..kan abg tak pernah pakai tali pinggang...tak baik tipu encik nie

si pakwer yang tak tahan dengan kerenah makwer dia terus melenting.

pakwer : diam ler ko,semua ko beritahu polis...ko nak aku kena saman apa??lurus banggang betul ko...budusss,aku tepok paler ko kang...

polis : cik,,selalu ker PAKWER marah cik macam nie??

MAKWER : tak ler...dia jarang marah saya..kalau marah pun masa dia ISAP GANJA jer...

cara-cara nk memudahkan pasangan bermmmmmmm........



Korang mesti nak tau ape benda Kiss Box nih kan? Okeh.. Kiss Box ni merupakan ciptaan seorang budak dari China sebagai tempat untuk bercium di kawasan taman. 

Budak ni mengenakan bayaran 2 Yuan untuk pasangan yang ingin bercium selama 2 minit. Ramai pasangan2 muda yang masih malu untuk bercium di khalayak ramai telah menggunakan Kiss Box ini untuk melepaskan rindu mereka.. Macam2 la.. Only in China!!

LAgi22 Rogol.....Sakit Pale aku!!!!

SHAH ALAM: Seorang banduan yang sedang menjalani hukuman penjara 30 tahun kerana kesalahan merogol, sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merogol dan meliwat seorang pelajar berumur 19 tahun di sebuah kawasan perkuburan di Hulu Selangor dekat sini, dua tahun lalu. 

G Thiyagaran, 35, dari Kuala Kubu Baru, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara 30 tahun dan 10 sebatan di Penjara Taiping, Perak, selepas didapati bersalah pada 24 September tahun lalu oleh Mahkamah Sesyen Ipoh, Perak, atas kesalahan rogol.
Dalam pertuduhan hari ini, tertuduh didakwa merogol mangsa di kawasan perkuburan Cina Kerling, Hulu Selangor, kira-kira 7 pagi pada 8 Oktober 2009 dan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. 

Thiyagaran juga didakwa meliwat mangsa di tempat, masa dan tarikh sama dan pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 377C kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan. 

Sebelum kejadian, mangsa yang sedang menunggu bas dipercayai telah diperdayakan tertuduh untuk masuk ke dalam keretanya dan turut diugut tertuduh yang menyatakan bahawa dia mempunyai pistol. 

Timbalan Pendakwa Raya, Che Rohana Ismail, yang mengendalikan pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan dengan alasan kesalahan dilakukan tertuduh serius. 
Hakim Mohammed Mokhzani menetapkan 25 Julai depan untuk sebutan bagi tertuduh melantik peguam. 

Thiyagaran, sebelum ini mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau atas pelbagai kesalahan termasuk rogol, mengurung orang, mencabul, meliwat serta mencuri motosikal.